Perlumbaan Go-Kart , Pekan Pahang

Perlumbaan Go-Kart , Pekan Pahang

Tuesday, 10 May 2011

Lawatan sambil Belajar ke TUDM 2011





 
SBP Integrasi Pekan Memanfaatkan Lawatan sambil Belajar
 ke Pangkalan Udara Kuantan.

Seramai 39 pelajar dan 2 orang guru SBPI Pekan telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Pangkalan Udara Kuantan pada hari sabtu, 30 hb jan 2010 baru-baru ini. Lawatan bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman tentang kerjaya dalam bidang aeronotik dan mendekati pengalaman kerjaya yang didedahkan oleh juruterbang kepada para pelajar.  Para pelajar dapat melihat lebih dekat pesawat tempur dan mendapat pengalaman yang amat berharga yang sukar diperolehi.
Guru pengiring SBPI Pekan, Khairul Anwar Bin Amir berkata, pelajar mendapat pelbagai input dan maklumat tentang kerjaya sebagai juruterbang dan juga maklumat tentang pesawat terbang seperti MIG dan Hawk. Pendekatan yang diambil banyak membantu subjek yang diajar dalam Teknologi Kejuruteraan bagi melihat realiti teknologi terkini yang diguna pakai dalam system pertahanan Negara. Ia tidak langsung menarik minat para pelajar dalam bidang kerjaya sebagai juruterbang dan menanam cita-cita pada masa akan datang. ‘ kata nya.

Selain itu juga, turut dilawati pameran statik kereta kebal, pesawat Nuri . Para Pelajar teruja semasa pertunjukkan persembahan pesawat Hawk di ruang angkasa dan  persembahan bomba bagi latihan kecemasan di lapangan. Ia juga turut dimeriahkan dengan hari keluarga No 6 Skuadron pada hari terbabit.

Pihak sekolah berbesar hati dan mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian menerima lawatan yang bermanfaat ini.

No comments:

Post a Comment