Perlumbaan Go-kart, pekan
Seramai 26 pelajar Teknikal dan 2 orang guru InSTAR telah menyaksikan perlumbaan Go-kart, Pekan , Pahang pada hari Jumaat, 10 hb September 2010 . Program bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman tentang kerjaya dalam bidang automotive dan mendekati pengalaman perlumbaan go kart kepada para pelajar. Para pelajar dapat melihat lebih dekat perlumbaan dan mendapat pengalaman yang amat berharga yang sukar diperolehi.
Guru pengiring SBPI Pekan, Khairul Anwar Bin Amir berkata, pelajar mendapat pelbagai input dan maklumat tentang kejuruteraan bahagian permotoran dan juga maklumat tentang enjin yang digunakan dalam perlumbaan tersebut. Pendekatan yang diambil banyak membantu subjek yang diajar dalam Teknologi Kejuruteraan bagi melihat realiti teknologi terkini yang diguna pakai dalam bidang kejuruteraan automotive Ia tidak langsung menarik minat para pelajar dalam bidang kerjaya sebagai jurutera automotive dan menanam cita-cita pada masa akan datang..